• Tips Keselamatan Kata Laluan




    Kebelakangan ini  kita sering mendengar isu penggodaman atau pencerobohan maklumat di media massa. Pencerobohan ini sering berlaku akibat kelemahan kita sendiri dalam penggunaan internet dan teknologi . 

    Penggunaan kata laluan ini adalah untuk memastikan maklumat anda terpelihara daripada capaian pengguna yang tidak sah. Walau bagaimanapun, kata laluan sentiasa menjadi sasaran penggodam atau pencuri identiti yang cuba untuk mendapat akses kepada maklumat sulit anda.

    Perkongsian langkah keselamatan ini bertujuan untuk melindungi dan memperkukuhkan kata laluan peribadi digital anda pada kesemua akaun sistem dan media sosial. 

    Bagaimana memastikan kata laluan anda selamat?

    Ini adalah langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh anda:

    1. Gunakan Kata Laluan Yang Unik

    Tetapkan panjang kata laluan tidak kurang dari 12 aksara.
    Elakkan menggunakan kata laluan dari sebahagian / penuh nama anda.
    Elakkan menggunakan kata laluan dari sebahagian / penuh nama akaun pengguna / id anda.
    Menetapkan kata laluan berdasarkan gabungan kriteria berikut :
    • Huruf Besar (A - Z)
    • Huruf kecil (a - z)
    • Nombor (0 – 9)
    • Simbol (contoh: !, @, #, $, %, &)

    *contoh kata laluan yang kukuh: p@55w0rd5@yA
    *contoh kata laluan yang lemah: abc123, 123456, password

    Kata laluan tidak berdasarkan maklumat yang mudah diteka oleh orang lain seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau sebagainya.

    2. Kata laluan yang berbeza untuk sistem

    Pastikan kata laluan yang berbeza digunakan untuk sistem yang berbeza. Contohnya, tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun emel dan perbankan internet.

    3. Kata laluan tidak dikongsi

    Jangan gunakan kata laluan default yang diberikan oleh pentadbir anda. Sila tukar kata laluan. Akaun anda tanggungjawab anda. Kata laluan adalah hakmilik individu yang tidak boleh dikongsi dengan pihak lain. Pastikan kata laluan tidak didedahkan kepada pihak lain dengan sengaja atau tanpa sengaja. 

    4. Kata laluan ditukar selalu

    Tukar kata laluan sekerap yang mungkin. Tukar kata laluan secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Tukar kata laluan dengan segera sekiranya mengesyaki kata laluan telah diketahui atau akaun anda telah diceroboh.

    5. Penggunaan Password Manager

    Pertimbangkan untuk menggunakan Password Manager untuk menyimpan semua kata laluan anda. Password Manager akan menyimpan maklumat kata laluan anda dalam bentuk code yang disulitkan (enkripsi). Anda hanya perlu ingat satu Master Password untuk membuka Password Manager anda dan mengakses kata laluan anda yang lain.
    Contoh  : 1password, bitwarden, lastpast 

    6. Laporkan pencerobohan

    Laporkan pada pentadbir sistem sekiranya anda mengesyaki sistem anda dicerobohi. Pentadbir sistem akan memberi khidmat nasihat yang diperlukan untuk membantu anda.

    Sekadar perkongsian bersama..


    0 komen: