• KETUANAN MELAYU


    Jika ada yang mempersoalkan, “mana ada konsep ketuanan Melayu ini disebut dalam Perlembagaan?”Jawapannya memang tiada secara langsung TETAPI jika peruntukan perlembagaan Persekutuan dibaca dan dibelek satu-persatu, apa yang dikatakan perakuan tidak bertulis atau konsep ketuanan melayu ini, wujud dalam perlembagaan.

    Perkara 32  Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan Yang DiPertua Agong adalah Pemerintah Utama kepada Persekutuan (Malaysia) dan Perkara 32(3) PP  menyatakan Yang diPertuan Agong (YDPA) hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja dari mana-mana negeri beraja. Untuk rekod, Raja atau Sultan adalah Melayu.
                                                                
    Perkara 3 PP  menyatakan Agama Islam adalah Agama Persekutuan (negara) dan YDPA adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan, Sabah , Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang manakala duli-duli yang maha mulia Sultan adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri lain. Perkara 160 PP juga menyatakan Islam adalah agama orang Melayu.

    Perkara 152 PP menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan menurut Perkara 160 PP Bahasa Melayu adalah bahasa digunakan dan dipertuturkan oleh orang Melayu dan bahasa orang Melayu adalah bahasa rasmi negara.

    Perkara 153 PP menyatakan tentang TANGGUNGJAWAB YDPA UNTUK MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN  hak keistimewaan orang Melayu dengan memberikan kuota untuk biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran ke university dan kolej, fasiliti latihan , pemberian lesen dan permit untuk operasi perniagaan dan jawatan dalam perkhidmatan awam. Hak ini juga dipanjangkan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Perkara 153 PP ini di awasi ketat oleh Majlis Raja-Raja dan sebarang perubahan polisi dan pentadbiran berkaitan hak keistimewaan orang-orang Melayu hendaklah dirujuk kepada  majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Ini dinyatakan dibawah Perkara 38 PP. Sekiranya ada undang-undang yang mahu diluluskan yang menjejaskan keistimewaan orang Melayu, Majlis Raja-Raja berhak untuk tidak bersetuju dan menolak undang-undang tersebut. Begitu juga undang-undang yang mahu diluluskan yang menyentuh dan menjejaskan keistimewaan ,kedudukan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.




     


    0 komen: