Alhamdulillah. .dipanjangkan umur lg sehari buat papa..hari ini papa nak ucapkan selamat hari ibu buat mak papa.. pn. Aishah dan mertua papa pn. Jamaliah.. moga dipanjangkan usia agar terus dapat beribadat kepada tuhan dan sentiasa mendapat rahmat dariNya..
Rasa bersyukur amat kerana dpt bersama kedua ibubapa dan insyallah sama2 menjaga kedua mereka dgn baik..papa sayang pada emak dan ayah..papa paling pantang kalau hati mereka terusik.. papa harap anak2 papa pun akan menyayangi papa dan mama bila kami menjejak usia tua nanti.. mcmana papa dan mendidik anak papa dan menjaga kamu semua mcm tu juga kamu bila dewasa kelak.. bukan harapan papa utk kamu semua menjaga papa.. cukup hanya menghormati dan menyayangi kami.. papa sayang anak2 papa.
Kalau nak citer ttg emak papa.. mmg takkan habis satu novel dikarang.. sbb pengorbananya cukup banyak.. tak terkira.. bayangkan dari zaman muda hinggalah kini beliau akan bangun seawal pagi utk menyiapkan segalanya.. SETIAP HARI tanpa rasa jemu.. pengorbananya dlm mendidik anak2 mmg sangat berat..melayan kami 5 beradik yg mempunyai pelbagai karenah.. setia menyayangi kami bersama ayah..menjaga kami susah dan senang..
Insyallah papa akan cuba menjaga mereka sebaiknya.. sbb papa sayang pada emak dan ayah.. ingatlah anak2 papa..hormatilah orang yg lebih tua tidak kira seburuk mana sekalipun sifat mereka.. kerana balasan orang yg berbuat baik amat besar pahalanya..
0 komen:
Catat Ulasan