
Hidup bagaikan skrip drama..semuanya tersusun mengikut perkiraan si pengarah tetapi ada masa kepincangan berlaku dan melibatkan perubahan yg mendadak..mampukah si penulis skrip ini mengakhiri kisah ini.. terasa penamatnya masih jauh.. dan semakin jauh.. kita sering diduga dengan kesusahan.. susahnya menjalani kehidupan dengan pelbagai ranjau persoalan..
Bukan mudah menjadikan impian satu kenyataan tapi siapakah kita yang mempersoalkan kesulitan yang berlaku. Tanpa usaha dan ikhtiar, tangga kejayaan takkan terbuka sendiri... tanpa usaha untuk mendaki.. impian tidak akan dicapai.. mampukah kita meneruskan perjalanan hidup ini tanpa usaha.. jangan jadi lemah.. selagi kita berniat baik semua iktiar akan diberkati.. Sentiasa berfikiran positif.. sentiasa berfikiran baik.. pasti kejayaan menyusul.
Si penulis skrip masih mencoretkan bait2 kata indah bagi membetulkan kecacatan skrip.. masih tercari idea dan kata2 untuk dicoret di cacatan ilham.. perah idea..coretla sesuatu wahai penulis..
Si penulis melihat sekitarnya.. segala yang diperhati sesak terkumpul.. cuma menunggu masa untuk dihambur keluar dari peti idea.. masa.. masa.. dikatakan masa amat mencemburui kita.. si penulis mencoret lagi sesuatu ke cacatan ilhamnya.. mengapa masa mencemburui kita.. mengapa terasa peredaran masa terlalu pantas.. mengapa kita sering kekurangan masa.. dalam sedar masa berlalu tanpa kita mendapat jawanpan yang pasti.. ( bersambung kerana penulis skrip kekurangan idea )
0 komen:
Catat Ulasan