• Diari HidupKu :: Mulut Jahat Hati Ada Baik..


    Korang pernah dengar istilah nie. Mulut jahat hati baik.. statement yang keluar dari org yg mengaku dirinya baik.. pada aku org yg baik takkan mengaku dirinya baik.. biarlah org lain yg buat penilaian samada orang tu baik atau tidak. Aku kenal ramai orang termasuk yang suka aku n yang x suka. Aku macam biasa, x jadi masalah pon pada aku. Cuma yang ingin aku katakan disini, kawan ni kadang2 seperti madu n kadang2 seperti racun. Ada yang boleh kita percaya n ada yang kita x leh percaya. Walaupun nampak macam serabut je, tapi aku x pernah fikir yang buruk ttg kawan2, semua yang baik2 je. Walau apa pon sifat mereka. Tapi bila dah aku anggap macam tu plak, ada yang berani amik kesempatan...tikam aku dr belakang, aduh SAKITNYA. Kerana sikap kawan yang x kenang budi ni (pernah lah gak aku tolong dia) aku hampir2 putus kawan ngan kawan yang lain, padahal sebelum ni kitaorg ok je. Leh gelak2 layan movie n berbual.

    Aku x paham napa dia wat mcm tu ek. Hati mmg sakit,tapi aku cukup serik nak berbaik ngan orang macam tu, depan kita muka baik gila, tapi bila kat belakang ntah apa dia bawa mulut. Astaghfirullah..aku bukan nak korang mengesyaki kawan2 masing tapi itulah hakikat. Aku x pernah jumpa kawan yang macam ni sejak sekolah rendah, tapi bila kat U, zaman yang org kata, masa kita menempuh kedewasaan. Hish, dah dewasa tp perangai macam budak tadika.Aku rasa budak tadika pon tau wat benda mcm tu dosa. Walaupun kecil da dikira fitnah.

    Perasaan aku masa tau kawan aku yang baik sangat ni wat fitnah, aku x leh nak cakap apa (lupa nak tumbuk muka dia,hehehe), nasib ada kawan2 yang sabarkan hati. X sangka org yang kita tolong leh buat mcm tu. Org yang kita percaya n tido sebilik. Fuh..nasib perangai baran aku ada sket kurang r,lau x aku igt jahanam dah muka tu aku kerjakan. Kesan dia cukup dalam..sakit betul hati aku, aku cb memaafkan tapi x leh, aku belum sampai tahap melupakan. Tiap kali terserempak aku mesti rasa marah yang membuak2. Selagi dia x minta maaf ngan aku, mungkin aku x kan maafkan dia. Dengan Allah dia blh minta ampun (tu pon lau dia ada buat r).

    Sepatutnya, kalau kawan kita mesti r sayang macam adik beradik walau x rapat pon jangan ler wat macam tu...gila betul. Semoga Allah S.W.T memberikan kesabaran yang tinggi pada orang yang teraniaya.Kalau aku lah,isk..x da maaf bgmu.Aku rasa bukan aku sorang je yang dah jumpa orang mulut jahat macam ni..korang pon mesti pernah gak kan?dia x terfikir ke dunia skrg ni apa kita buat kat org Allah bayar cash je.

    Takut plak aku,lau nak jahat pon jangan libatkan atau aniaya org lain..x baik kesian kawan kita ..Kawan lah yang kita ada masa kita berjauhan ni,lau bukan kawan sapa lg nak tlg kita.... Bila rakan kita ditimpa musibah atau pun susah hati.. seelok-eloknya kita beri perhatian, bila ada rakan dikalangan kita yang bernasib begini, bila hati kengkawan susah tolong la beri semangat, tolong jangan bergurau yang menghiris kalbu, tolong la jangan tanya soalan-soalan yang memang terdetik dalam hati, simpan ajer dalam hati tu,

    “aku ni mulut memang lepas, tp hati aku baik” dah takyah cakap mcm tu, mulut lepas tu memang akan menyentap hati penerima, walaupun muka memberikan senyuman, tahukah anda bagaimana hatinya, bagaimana tidur malamnya dengan kata-kata kamu.

    “untuk mencari kawan yang baik, jadilah kawan yang baik“

    sama2lah kita muhasabah diri. we're not perfect but at least cuba utk perbaiki diri kita. Wallahualam..

    0 komen: