
Dalam meneruskan perjuangan 2009 banyak telah aku tempuh.. satu kunci yg paling utama dalam hidup adalah KESABARAN.. tanpa KESABARAN kita tak akan berjaya dalam aper jua yg kita lakukan tetapi jika kita SABAR dan berfikiran POSITIF insyallah..segala yang susah akan menjadi mudah..
Aku dulu selalu cakap "hanya orang sabar saja boleh menang" dan aku percaya orang akan faham
Orang suka kata, sabar tu separuh daripada iman. Orang suka kata, sampai bila nak bersabar. Orang suka kata, aku dah banyak sabar dah. Aku selalu kata, hanya orang sabar saja boleh menang.
Dan sekarang aku kata, kalau orang mula mengukur sabar dalam dirinya, maknanya dia tu tak sabar. Selagi dia kata, aku dah banyak sabar atau dia soal diri sampai bila dia nak bersabar, maksudnya simple - dia tu tak sabarlah namanya. Dan aku tak akan ukur sejauh mana kesabaran aku kerana aku memang nak sabar.
Keep it cool harapnya.
Kadang2 tak dinafikan kita selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg boleh menggugat KESABARAN..tapi jika kita berfikiran positif..ingat pada tuhan dan bersyukur banyak2..insyallah semua dugaan dapat di atasi. Petua paling mudah bila diduga dengan dugaan yang amat hebat..ucapkanlah ALHAMDULILLAH.. insyallah hati kita akan tenang..paling kronik tahap KESABARAN tergugat..pergilah amik air wudhuk ..pergi sembahyang pastu berdoa minta terbukak segala pintu rintangan..terhindar segala duri keresahan..kebencian..INSYAALLAH CONFIRM HATI TENANG.. Selamat Mencuba Semua!
0 komen:
Catat Ulasan