• Diari HidupKu:: Selamat Kembali Bekerja..


    Setelah seminggu bercuti raya cool kembali ke opis. Terasa malas menyelubungi diri tetapi disebabkan keinginan mencari rezeki utk keluarga kuteruskan jua. Bagi memotivasikan diri cool sempat membaca satu artikel berkaitan Etika Kerja Dalam Islam yang ingin cool kongsikan bersama.

    “Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir : 38)

    Budaya “mengular” pada waktu kerja masih bermaharajalela disektor awam. Penyakit turun menurun sebegini yang menyebabkan kebanyakan pekerja swasta memandang sektor awam kurang produktif.

    Zulkifli Mohd Sidi di dalam artikel yang ditulisnya, ‘Etika Kerja Dalam Islam‘ ada menyatakan bahawa etika kerja dalam Islam mempunyai 5 elemen utama iaitu:

    1. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
    2. Bekerja dengan ikhlas dan amanah
    3. Bekerja dengan tekun dan cekap
    4. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
    5. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat


    Apakah etika kerja sebegini mampu disemai oleh kakitangan kerajaan setelah sekian lama dilanda penyakit kronik? Soal pokoknya melibatkan mentaliti dan sikap kakitangan kerajaan sendiri. Sekerap mana pun mereka dihantar untuk menjalani kursus dan sebagainya andai mentaliti dan sikap masih tidak mampu diubah sepenuhnya permasalahan ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya. Mungkin dirasakan mereka berada di “zon selesa” maka inilah yang menyebabkan kebanyakan kakitangan kerajaan sekarang menjadi agak manja.

    Bukan tujuan menulis untuk menghentam mana-mana kakitangan kerajaan cuma mengingati diri cool sendiri tentang tanggungjawab yang sedang cool galas sekarang. Bagaimana cool mampu merubah kondisi kerja yang lebih telus dan bertanggungjawab tanpa adanya budaya kerja negatif yang sekian lama menjadi bahan kutukan oleh sektor swasta.

    “Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari)

    Oleh itu, diri cool dan kengkawan sebagai pekerja yang sudah diamanahkan dengan tugas yang diberikan maka kita perlu berusaha untuk menunaikan tugas tersebut sepertimana yang telah ditetapkan di dalam ajaran Islam. Kerja jua adalah ibadah. Apabila seseorang itu sudah atau sedang menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah.


    0 komen: