• BERSIHKAN IMEJ DGN APOTHALING


    Ada satu soalan biasa bila menggunakan Photoshop iaitu “bagaimana nak bersihkan atau cantikkan kulit muka seseorang dalam foto?”. Terdapat beberapa cara yang boleh kita gunakan. Kita cuba teknik ‘Spot Healing Brush’.


    HASIL:


    hasil


    Terdapat beberapa perkara di dalam gambar asal (kiri) yang perlu dibersihkan - bintik merah di dahi dan kulit muka yang kemerahan.


    LANGKAH 1:


    spot_healing


    Buka gambar asal di dalam Photoshop. Klik kanan di atas layer ‘background’ > Duplicate Layer (atau, tekan Ctrl+J).


    Kemudian, kita akan hilangkan bintik merah di dahi subjek dengan menggunakan Spot Healing Brush.



    • Pilih saiz brush yang bersesuaian dengan ‘kotoran’ yang kita nak bersihkan

    • Brushkan bintik merah dengan Spot Healing Brush

    • Lepaskan brush, dan bintik merah akan hilang (macam magik!)


    LANGKAH 2:


    surface_blur


    Seterusnya, kita akan licinkan permukaan kulit muka dengan menggunakan Surface Blur (applykan kepada layer yang kedua).


    Klik Filter > Blur > Surface Blur (tiada formula tepat untuk nilai radius dan threshold - anda harus cuba-jaya, mengikut kesesuaian imej pilihan anda).


    LANGKAH 3:


    layer_mask


    Selepas melakukan Surface Blur, kebanyakan detail di dalam imej anda mungkin akan hilang. Seperti di bahagian mata, bibir dan rambut.


    Untuk mendapatkan kembali detail tersebut, kita akan gunakan Layer Mask kepada layer yang kedua tadi. Klik pada Layer > Layer Mask > Reveal All.


    Setkan warna foreground kepada hitam. Dan, dengan menggunakan brush, warnakan kepada bahagian mata, bibir dan rambut (seperti yang ditandakan dengan bulatan merah).


    Akhir sekali, tukarkan blending mode layer daripada Normal kepada Lighten.


    HASIL:


    hasil


    Fail PSD - Bersih Imej


    0 komen: