• DIARIKU :: MENAWAN PUNCAK GUNUNG NUANG


    Alhamdulillah.. pada 3 Mac 2006 cool dan beberapa orang rakan menjalankan aktiviti pendakian ke Gunung Chenuang yang terletak di Hulu Langat. Petang itu selepas waktu keje berakhir.. kami bergerak menuju ke destinasi..sebanyak 8 buah khemah didirikan utk bermalam..aktiviti malam diisi dengan aktiviti BBQ dan ramah mesra diantara rakan-rakan.

    o9.30 pagi kami bertolak memulakan pendakian menuju ke puncak.. Pendakian amat sukar memandangkan laluan terhalang kerana mungkin sudah lama tidak dilalui..pendakian memakan masa selama 3 jam setengah..gigitan pacat.. nyamuk..keletihan kaki tidak menghalang kami untuk sampai ke puncak..

    Berkat kesungguhan..akhirnya kami selamat naik dan turun dari puncak...aktiviti berakhir pada pukul 04.30 petang pada 04 Mac 2006

    0 komen: