• DIARIKU :: ARGH.. PENATNYER


    Bermulanya episod cuti yg panjang..seperti biasa selepas mengemaskan pakaian dan semua peralatan pagi tu, cool bertolak pulang ke rumah orang tua cool...Ramai sungguh orang di jalanan maklumla cuti panjang perayaan tahun baru cina + awal muharam + hari wilayah... sesak jalan dengan pelbagai jenis kenderaan memenuhi segenap ruang.

    Kenaikan harga minyak tak dapat membendung keinginan manusia untuk memiliki kenderaan sendiri. Harga minyak yg semakin membebankan di tambah dengan kadar inflasi yg tinggi menunjukkan peningkatan gaya hidup masyarakat bandar dan luar bandar. Cool juga salah seorang pengguna jalan raya yg banyak menyumbangkan hasil bagi peningkatan inflasi..

    Hehehe..tu lah..manusia..orang nak pakai kereta kita pun nak pakai jugak. Ramai yg berkemampuan untuk memiliki kenderaan sendiri tapi sudah siap sediakah kita untuk melaburkan wang ke atas kenderaan kita..maintainance nak kena jaga...kalau rosak perlu diperbetulkan dan akhirnya kita terasa beban....tapi itulah keperluan pada masa sekarang..

    Setelah beberapa minit diatas jalan raya akhirnya cool tiba di destinasi.. penat..letih.. mengantuk... semua ada tapi alhamdulillah akhirnya selamat sampai..
    Alhamdulillah...

    0 komen: